Sekolah Kebangsaan Gadong Limbang adalah sebuah institusi pendidikan tertua yang wujud di kawasan pesisir sungai Limbang. Sekolah ini mendapat namanya dari sebuah pasu yang besar "GEDUNG".Ianya dibina pada tahun 1952 yang terletak ditengah-tengah 8 buah kampung.Jaraknya ialah 15km dari Bandar Limbang.dari sebuah pondok yang beratap daun nipah berdindingkan buluh telah menbangun dengan pesat sekali. Dimana dari jumlah murid kurang 20 orang telah meningkat ke 118 orang pada hari ini. 100% muridnya beragama Islam yang terdiri dari anak-anak petani,kakitangan kerajaan dan pekerja di negara jiran Brunei Darussalam sebagai buruh.
Walaupun terletak di kawasan pendalaman,namun ianya mudah dihubungi melalui jalan darat dan sungai. Kemudahan asas adalah setanding dengan kawasan Bandar seperti bekalan eletrik Sesco, bekalan air paip (LAKU) dan telefon awam. Sebagai sebuah pusat pendidikan yang cemerlang ,SK Gadong telah melahirkan ramai pelajar yang gemilang dalam bidang akademik mahupun sukan.Sebilangannya masih lagi menuntut di Universiti dan ada pula yang sudah menjawat jawatan penting di Jabatan Kerajaan.Harapan pihak sekolah agar generasi baru dapat meneruskan langkah agar ianya dapat dicontohi dan disegani sepanjang masa. Kini sekolah ini diterajui oleh seorang Guru Besar yang mempunyai visi yang tinggi demi kejayaan murid-muridnya dan sekolah,beliau turut dibantu oleh 17 orang guru yang berdedikasi dalam setiap pengajaran dan pekerjaan disamping itu juga sekolah ini dibantu oleh 7 orang kakitangan sokongan yang sentiasa bersedia untuk menyumbangkan tenaga dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
VISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Gadong ,Limbang sebagai sebuah sekolah berwawasan dan cemerlang dalam pelbagai bidang menjelang 2010.
MISI SEKOLAH
Ke arah merealisasikan visi sekolah :
- Mengembling seluruh tenaga demi melahirkan pelajar gemilang dalam pelbagai bidang bertunjangkan Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
-Memastikan persekitaran sekolah yang ceria,kondusif dan selamat.
-Memastikan persekitaran sekolah yang efisien dan efektif
-Melahirkan pelajar yang berdisiplin, berdaya saing, kesepunyaan, kesetiaan dan penyayang
-Mewujudkan hubungan yang harmonis dan mesra dengan komuniti
KEJAYAAN SEKOLAH
Hampir setiap tahun ada sahaja pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR di sekolah ini mendapat keputusan 5A dan pada tahun 2008 dan 2009 sekolah ini telah mendapat keputusan semua pelajar yang menduduki UPSR mendapat A dalam matapelajaran Bahasa Melayu.Ini antara kejayaan yang begitu membanggakan pihak sekolah.
JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MELIHAT GAMBAR GAMBAR AKTIVITI DI SEKOLAH SILA LAH LAYARI FACEBOOK KAMI DI SKGADONGLIMBANG ATAU EMAIL KAMI skgadonglimbang.yahoo.com
No comments:
Post a Comment